Thursday, April 8, 2010

Operasi

Di 'port' operasi yang membabitkan Polis dan Rela kerap dijalankan dan situasi ini yang paling digeruni oleh penagih-penagih yang berada di 'Port' begitu juga saya. Bila penjaga kawasan dipanggil 'jaga air' yang diupah oleh peniaga-peniaga 'barang', menjerit aje semua bertempiaran lari menyelamatkan diri untuk mengelak daripada dicekup. Kalau mereka dapat tangkap akan dibelasah jika penagih meronta-ronta untuk digari tangan tapi jika si penagih tidak meronta-ronta dengan mudah sahaja mereka gari tangan penagih. Jadi untuk mengelakkan ditangkap lari sekuatnye atau sejauhnye. Tapi dah nama penagih jauh mana mereka boleh lari. lalu di bawa masuk ke dalam trak polis warna biru gelap yang besar tu dan berjaring pulak, disumbat dalam 50 orang atau lebih didalamnye. Tapi ada jugak yang terlepas, yang tertangkap disumbat kedalam truck polis maka tunggulah hingga beberapa jam sehingga operasi selesai sehingga truck tu penuh berhimpit-himpit. Malang sungguh nasibku bila tertangkap kali pertama dalam hidup sejarah hidup.

Kemudian penagih yang di tangkap tadi di bawa beramai-ramai ke balai polis yang berdekatan. Ada yang dibawa ke Balai Polis Central di tengah bandaraya Johor Bahru, ada ke Balai Polis Larkin, dan saya ke Balai Polis Tampoi. Setibanye diBalai Polis Tampoi penagih-penagih tadi akan di  ambil ujian air kencing dan pendaftaran. Kemudian diumbat ke dalam lokap. Esoknye kami berama-ramai akan di bawa ke Mahkamah yang terletak di area Bukit Timbalan, Bandaraya Johor Bahru untuk mengesahkan yang kami ni didapati bersalah       kerana air kencing positif dadah dan di tahan selama 14 hari bermula hari ditangkap. Kemudian di bawa semula ke lokap Balai Polis Tampoi.Masa ini lah yang paling perit bagi penagih dimana penagih terpaksa berhenti dadah serta merta, ada yang muntah, terberak, ada yang macam dah mati, terbaring tanpa makan dan minum, mana yang dah ada pengalaman 'buang gian' ada caranye supaya badan tidak terlalu lemah.Ada seorng bro di lokap tu suruh kami mandi setiap setengah atau 1 jam. Badan rasa sejuk je disuruh mandi, makin menggigil tapi setelah mandi badan akan rasa lega sedikit dan boleh sambung tido sahaja. Nanti mandi lagi dalam 1 hari asik mandi dan tido sahaja untuk 3 atau 4 hari. Setelah hari ke 4 atau hari ke 5 sudah boleh duduk, berdiri dan ada selera untuk makan. Hari ke 5 atau 6 dan seterusnye penagih sudah beransuh pulih cuma badan akan terasa lemah sahaja, masa inil cuma makan dan tido.Apa yang nak di buat lagi sehinggalah hari ke 14 dimana tempoh tahanan reman selesai dan dibawa ke mahkamah sekali lagi untuk dijatuhkan hukuman sama ada dibebaskan tanpa jaminan atau dengan jaminan atau di hantar ke pusat pemulihan atau Pusat Serenti.Hanya 2 hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah mengunakan dadah yang sedikit pun tidak menginsafkan penagih maka tidak hairanlah jumlah penagih semakin hari semakin ramai.