Thursday, April 8, 2010

Operasi

Di 'port' operasi yang membabitkan Polis dan Rela kerap dijalankan dan situasi ini yang paling digeruni oleh penagih-penagih yang berada di 'Port' begitu juga saya. Bila penjaga kawasan dipanggil 'jaga air' yang diupah oleh peniaga-peniaga 'barang', menjerit aje semua bertempiaran lari menyelamatkan diri untuk mengelak daripada dicekup. Kalau mereka dapat tangkap akan dibelasah jika penagih meronta-ronta untuk digari tangan tapi jika si penagih tidak meronta-ronta dengan mudah sahaja mereka gari tangan penagih. Jadi untuk mengelakkan ditangkap lari sekuatnye atau sejauhnye. Tapi dah nama penagih jauh mana mereka boleh lari. lalu di bawa masuk ke dalam trak polis warna biru gelap yang besar tu dan berjaring pulak, disumbat dalam 50 orang atau lebih didalamnye. Tapi ada jugak yang terlepas, yang tertangkap disumbat kedalam truck polis maka tunggulah hingga beberapa jam sehingga operasi selesai sehingga truck tu penuh berhimpit-himpit. Malang sungguh nasibku bila tertangkap kali pertama dalam hidup sejarah hidup.

Kemudian penagih yang di tangkap tadi di bawa beramai-ramai ke balai polis yang berdekatan. Ada yang dibawa ke Balai Polis Central di tengah bandaraya Johor Bahru, ada ke Balai Polis Larkin, dan saya ke Balai Polis Tampoi. Setibanye diBalai Polis Tampoi penagih-penagih tadi akan di  ambil ujian air kencing dan pendaftaran. Kemudian diumbat ke dalam lokap. Esoknye kami berama-ramai akan di bawa ke Mahkamah yang terletak di area Bukit Timbalan, Bandaraya Johor Bahru untuk mengesahkan yang kami ni didapati bersalah       kerana air kencing positif dadah dan di tahan selama 14 hari bermula hari ditangkap. Kemudian di bawa semula ke lokap Balai Polis Tampoi.Masa ini lah yang paling perit bagi penagih dimana penagih terpaksa berhenti dadah serta merta, ada yang muntah, terberak, ada yang macam dah mati, terbaring tanpa makan dan minum, mana yang dah ada pengalaman 'buang gian' ada caranye supaya badan tidak terlalu lemah.Ada seorng bro di lokap tu suruh kami mandi setiap setengah atau 1 jam. Badan rasa sejuk je disuruh mandi, makin menggigil tapi setelah mandi badan akan rasa lega sedikit dan boleh sambung tido sahaja. Nanti mandi lagi dalam 1 hari asik mandi dan tido sahaja untuk 3 atau 4 hari. Setelah hari ke 4 atau hari ke 5 sudah boleh duduk, berdiri dan ada selera untuk makan. Hari ke 5 atau 6 dan seterusnye penagih sudah beransuh pulih cuma badan akan terasa lemah sahaja, masa inil cuma makan dan tido.Apa yang nak di buat lagi sehinggalah hari ke 14 dimana tempoh tahanan reman selesai dan dibawa ke mahkamah sekali lagi untuk dijatuhkan hukuman sama ada dibebaskan tanpa jaminan atau dengan jaminan atau di hantar ke pusat pemulihan atau Pusat Serenti.Hanya 2 hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah mengunakan dadah yang sedikit pun tidak menginsafkan penagih maka tidak hairanlah jumlah penagih semakin hari semakin ramai.

Friday, March 19, 2010

'Port' (Jln Setia,Kg Melayu,Johor Bahru)

'Port' adalah nama bagi tempat-tempat yang menjadi tumpuan bagi penagih-penagih mendapatkan bekalan. Di sini urusniaga dijalankan 24jam 7hari seminggu. Tempat-tempat seperti ini menjadi tumpuan kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang dijual oleh pengedar-pengedar kecil di luar kawasan ini. Maka tidak hairanlah semasa 'tokan besar'(pengedar) datang berniaga maka perpusu-pusu para penagih mendapatkan barang. Pengalaman saya di jalan Setia, Kg. Melayu,Johor Bahru seperti pasar malam dimana di satu bangsal(perhentian stesen keratapi lama yang tidak digunakan lagi) bangsalnye menjadi tempat urusan jual beli.Banyak kedai di situ yang menjual barang yang sama 'kuning karat'(heroin) cuma warnanye kadang berbeza. Setelah tempat ini sering diserbu oleh pihak berkuasa 'port' ini di ubah lokasinye di tempat lain yang tidak jauh dari situ (sebelah kilang baja) di tepi longkang besar. Kemudian di 'sub' kan 1 tempat lain yang dipopularkan dengan nama 'Port Pokok Pisang'. Saya antara yang mula-mula meneroka 'port' ini bersama beberapa kawan penagih lain dan beberapa pengedar sehingga ianya menjadi satu 'port' yang ok jugak jualan kuning karatnye dalam 1 hari kerana tempatnye yang strategik dimana penagih boleh memasukinye melalui beberapa jalan atau memudahkan 'lari' bila ada serbuan pihak polis (TV3 slot 999 juga pernah membuat 'lokasi pengambaran' di sini).

Ada penagih beli dan terus keluar dari sini, ada yang beli 'kena(hisap)' di sini dan ada juga yang bermalam disini dan ada juga yang menjadikan hutan bersebelahan dijadikan pondok untuk berehat dan tinnggal disini.
Pada mula nye saya kategori beli dan keluar kerana suasana gerun dan takut nengok pengawal-pengawal tokan besar disini. Lama-lama saya beli dan hisap di sini. Dan yang menyedihkan setelah motosikal saya dijual(kepada seorang pengedar popular disini) kerana tidak mampu untuk menjaganye saya 'tersadai' di sini menjadi seperti bangkai bernyawa, hidup merempat, hidup dengan mengharap belas kasihan penjual dadah, tidur di mana saja asal dapat tegakkan badan, pakaian sehalai sepinggang atau lebih juga dikenali oleh orang ramai sebagai 'mat gian'.









Wednesday, March 17, 2010

'Gian' @ ketagihan dadah

Heroin ni tidak memerlukan masa yang lama untuk seseorang itu menjadi 'gian' istilah pada penagih yang telah sampai peringkat ketagihan. Gian heroin tidak sama dengan gian ganja. Ganja ni kalau tak ada masih boleh teruskan hidup iatu boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian cuma kurang ceria sahaja tetapi tidak kepada binatang heroin ni. Pada pengalaman saya bila tak sedut heroin dalam masa 2 atau 3 jam badan masih boleh berdiri dan berjalan cuma akan kerap sangap dan mata akan mengeluarkan air seolah-olah mengantuk yang teramat sangat dan badan terasa kesejukkan seperti demam chikunkunya(saya pernah alami chikunkunya tapi denggi tak pernah). Dalam masa 4 jam ke 6 jam ni yang parah ni dimana badan tak mampu untuk berdiri, bisa di setiap sendi seolah olah ada api yang menyala nyala di dalam saluran darah. Otot lengan, peha, betis terasa sangat lenguh. Sama bandingan jika melakukan kerja berat sampai tak mampu nak berdiri atau berlari 800meter tanpa berhenti. Begitulah umpamanya kejadah 'gian' ni. Masa inilah masa yang paling menyeksakan bagi penagih-penagih dan inilah yang dikatakan 'gian' atau 'sakit'.

Tetapi bila sedut sahaja heroin@ubat, semua sakit-sakit sendi ke tulang ke apa ke semua hilang serta merta bagi yang guna enjet atau 'jep' saya tak tahulah pasal saya tidak pernah menggunakan jarun untuk dadah ni, inilah yang dikatakan kenikmatan menghisap heroin pada saya pada tahap ni bukan untuk stim tetapi untuk menjaga badan agar terdaya untuk berdiri, terdaya untuk mencari duit, terdaya untuk melakukan kerja, terdaya untuk makan dan minum, terdaya untuk bawak kereta atau motosikal.







Sunday, March 14, 2010

Heroin

Dikalangan penagih dadah memanggil dadah jenis ini sebagai 'ubat'. Bila dah selalu guna atau hisap ganja besar kemungkinan akan beralih ke heroin. Lihat laman web PEMADAM untuk keterangan lanjut mengenai 'binatang' dadah jenis ni.

Pada asalnya saya cuma di 'payung'(maknanye bagi free) oleh kawan saya ni bila dah sedap dan nak hisap hari-hari maka tak dapat lah dia payung lagi. Lagi pun payung membe saya ni tak lah besar dan asik bocor je. Jadi bermulalah episod membeli dadah ni untuk stim. Pada peringkat awal saya mencampurkan 'ubat' ni dengan ganja campur tembakau dan di hisap menggunaksan dapur. Nama saintifik bagi penagih adalah 'tampal'. Modal besar atau banyak guna duit ketika ni mana taknye nak beli ganja dan ubat almaklumlah dah up 1 level lah katakan.Bekerja sebagai kerani Bank gaji taklah besar tapi cukup pada mulanya. Bila dah hisap ubat pakaian baru dah tak beli mana taknye dok asik beli ganja dan ubat, ganja dan ubat.

Satu hari seingat saya bekalan ganja putus lagi, tetapi ubat senang pulak dicari. Kawan yang main ubat pun asik nak menempel je. Dah saya pulak yang 'payung' dia. Bila ganja tak ada saya mula hisap ubat sahaja dengan cara 'chasing the dragon' atau 'chase' atau letak ubat tu atas kertas timah rokok atau aluminium foil, bakar bawah dia dan asap yang keluar dihisap dengan guna duit RM1 yang digulung. Peh...rasanye memang boleh pegi. Main bolasepak pun ok tenaga extranye macam tak penat. Kawan lain dah habis main bola saya dok sepak-sepak, timbang-timbang bola lagi sampai pukul 8 malam kadang-kadang..Balik main bola hisap lagi.



Thursday, March 11, 2010

sejarah


Tak tahulah nak mulakan dari mana. Beginilah, sebelum tahun 2ooo tahun ni tengah orang kata aktif dan aggresif hisap ganja(mana yang tahu tu tahulah). Sampai tahap suatu ketika tu celik mata dari tido bukan cari air untuk minum ke makan ke tapi ganja dulu baru air seteguk mandi lepas tu pergi kerja. Itu rutin hari bekerja. kalu jumaat malam sabtu lain pulak. Sabtu malam minggu lepas gaji......malas nak cerita.Itu cerita ketika sedang muda remaja aktif aggresif. Duit cukup untuk pakaian makan minum rokok belanja harian dan "ganja".

Hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun hari-hari hisap ganja(jangan tanya dapat kat mana bekalan) sehinggalah pada satu ketika bekalan ganja putus disekitar kawasan. Cari-cari takde. Peringkat awal boleh kawal. memang ganja ni specis dadah yang boleh dikawal maksudnye ada boleh hisap takde boleh kontrol life tanpa ganja..

Ganja ni buat bersukan pun boleh bagi yang dah biasa menggunakanye. Ada yang mengatakan bila kena ganja pas tu main bolasepak macam dapat tenaga extra. Memang betol pun jangan kata main bola, "main" apa pun ada tenaga extra..begitulah serba sedikit mengenai ganja pada pengalaman saya maka tak hairanlah kat Malaysia ni bekalan ganja tak pernah putus walaupun berkilo-kilo kantol (nengok berita TV atau rancangan 999).Bila line panas bekalan tak de bila line sejuk ada balik..sebab ramai dikalangan rakyat malaysia yang menggunakan ganja dan permintaan sentiasa ada dan juga perniagaan yang ok jugaklah agaknye...

ok, berbalik cerita saya tadi. Bila bekalan kejap ada kejap takde di ditambah dengan rasa ganja macam dah "tawar" tak se"manis" di peringkat awal menggunakannya atau pun beli ganja dapat yang dah di simpan berbulan bulan(bau "mangga" dah takde) istilah ganja dah macam daun kering,peroi...hisap banyak mana pun tak stim buat sakit tekak je nak-nak kalau hisap pakai "dapo"..

Peringkat ni mulalah nak cari alternatif lain untuk "stim". Terjumpalah seorang kawan yang guna ubat atau "heroin". Dia ni hisap ganja dan heroin. Pada mulanye katakan tidak pada heroin tetapi bila bekalan ganja putus mula lah gatal nak mencuba heroin. Bila sekali cuba rasa sedap pulak dan bermula lah episod heroin.....