Wednesday, March 17, 2010

'Gian' @ ketagihan dadah

Heroin ni tidak memerlukan masa yang lama untuk seseorang itu menjadi 'gian' istilah pada penagih yang telah sampai peringkat ketagihan. Gian heroin tidak sama dengan gian ganja. Ganja ni kalau tak ada masih boleh teruskan hidup iatu boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian cuma kurang ceria sahaja tetapi tidak kepada binatang heroin ni. Pada pengalaman saya bila tak sedut heroin dalam masa 2 atau 3 jam badan masih boleh berdiri dan berjalan cuma akan kerap sangap dan mata akan mengeluarkan air seolah-olah mengantuk yang teramat sangat dan badan terasa kesejukkan seperti demam chikunkunya(saya pernah alami chikunkunya tapi denggi tak pernah). Dalam masa 4 jam ke 6 jam ni yang parah ni dimana badan tak mampu untuk berdiri, bisa di setiap sendi seolah olah ada api yang menyala nyala di dalam saluran darah. Otot lengan, peha, betis terasa sangat lenguh. Sama bandingan jika melakukan kerja berat sampai tak mampu nak berdiri atau berlari 800meter tanpa berhenti. Begitulah umpamanya kejadah 'gian' ni. Masa inilah masa yang paling menyeksakan bagi penagih-penagih dan inilah yang dikatakan 'gian' atau 'sakit'.

Tetapi bila sedut sahaja heroin@ubat, semua sakit-sakit sendi ke tulang ke apa ke semua hilang serta merta bagi yang guna enjet atau 'jep' saya tak tahulah pasal saya tidak pernah menggunakan jarun untuk dadah ni, inilah yang dikatakan kenikmatan menghisap heroin pada saya pada tahap ni bukan untuk stim tetapi untuk menjaga badan agar terdaya untuk berdiri, terdaya untuk mencari duit, terdaya untuk melakukan kerja, terdaya untuk makan dan minum, terdaya untuk bawak kereta atau motosikal.







No comments: